Image Banner

DOA ELAK WABAK PENYAKIT

Wabak COVID-19 di negara kita masih belum nampak penghujungnya.

Marilah sama-sama kita mengamalkan doa ini untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT. 

Ini adalah antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk menolak dan mengelak wabak penyakit. 

Semoga kita semua terhindar daripada sebarang wabak penyakit, Insya-Allah.

LAGI

SUMBANGAN PEMBANGUNAN DIPERLUKAN

Projek : Pembangunan Sekolah Islam Irsyad Balok Fasa 3 (Membina bangunan 4 tingkat)

Kos pembinaan : Memakan belanja RM4,000,000.00

Tarikh mula pembinaan : Disember 2017 / Januari 2018
Tarikh dijangka siap : Julai/Ogos 2019

Anda boleh menyalurkan sumbangan dengan cara:-

1. Memasukkan duit sumbangan ke akaun CIMB atau BIMB seperti yang tertera.
2. Boleh datang menyerahkan sumbangan di pejabat sekolah.
3. Dibuka juga ruang untuk berwakaf dengan jumlah RM10/RM20/RM50/RM100. Bergantung pada kemampuan.

Marilah bersama menyumbang dan bantulah untuk sebarkan maklumat ini agar orang lain juga turut bersama menyumbang.

"Ke Arah Pembentukan Insan Rabbani"

LAGI

YAUMUL IHTIFAL 2019

Tarikh:16 November 2019

Hari:Sabtu
Tempat:Dewan Seri Mahkota, POLISAS


Alhamdulillah.Selesai jua majlis tahunan SR Islam Al-Irsyad Balok yang merupakan acara tahunan terbesar melibatkan murid dan ibu bapa.
Majlis Yaumul Ihtifal SRAIB dirasmikan oleh Ustaz Mohd Saffuan b Abd Jalil Al Hafiz, iaitu Ketua Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Turut hadir ke majlis ini adalah ALP Akademi Pendidikan Irsyad, Dr Syed Badaruddin b. Syed Ali. Semua ALP yang lain turut hadir.

.
Di antara anugerah yang diberikan adalah

-Anugerah murid cemerlang
-Anugerah tokoh akademik
-Anugetah Murid Mitthali
-Anugerah Kecemerlangan UPSRI)
-Anugerah Kokuriklum
-Anugerah Kepimpinan
-Anugerah Tokoh hafazan1
Anugerah Pra Tahfiz
Anugerah sedia berkhidmat
-Anugerah al Amin
-Anugerah Nilam
-Anugerah Kehadiran Penuh

.

Ibu bapa dihiburkan oleh persembahan Kumpulan nasyid Soutul Irsyadi, teater muzikal bahasa Inggeris dan dikir barat.

.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua penerima.

AAMIN

LAGI

IRSYAD BALOK : PERKEMBANGAN TERKINI PEMBANGUNAN

IRSYAD BALOK : PERKEMBANGAN TERKINI PEMBANGUNAN (13 November 2019)

PERATUSAN SIAP BANGUNAN

  • Alhamdulillah, setakat hari ini bangunan 85%-90% telah siap kerja-kerja pembinaan. Selepas ini akan tumpu kepada pembersihan dan kekemasan.

JANGKAAN SIAP BANGUNAN

  • Bangunan dijangkakan siap pada penghujung bulan November ini untuk memastikan ianya dapat digunakan sepenuhnya pada awal tahun 2020.

MASIH MEMERLUKAN SUMBANGAN

  • Pihak sekolah masih mencari sumbangan untuk:-
    1. Bayaran kepada kontraktor untuk kerja pembangunan. (Baki RM1.1 Juta yang perlu dibayar)
    2. Membeli keperluan dan kelengkapan bangunan untuk kegunaan kelas. (RM150,000.00). Kami galakkan sumbangan dalam bentuk kewangan supaya pihak sekolah dapat membuat penyelarasan kelengkapan sekolah.

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE

  • No. Akaun BIMB : 06019010096593 (Akademi Pendidikan Irsyad Balok Berhad)
  • No. Akaun CIMB : 06110009147055 (Sekolah Rendah Islam Al Irsyad Balok)
  • Serahan di pejabat APIB

SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI

Wan Ismail (CEO) : 019 9898311
Hafizuddin (Pegawai Operasi) : 016 9225447

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN & SOKONGAN

  • Pihak APIB mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para penyumbang & penyokong yang tak putus-putus menyumbang bagi bersama menjayakan usaha pembangunan ini.
  • Didoakan semoga semua para penyumbang dirahmati oleh Allah, diberkati oleh Allah, dimurahkan rezeki oleh Allah, diberi pengganti yang lebih baik oleh Allah pada harta yang telah dikeluarkan.
  • Semoga diberi kelapangan oleh Allah untuk terus menyumbang kepada Sekolah Islam Irsyad Balok.
LAGI

PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA [SMA] 2019

Alhamdulillah..Hari ini 30 OKTOBER 2019 merupakan hari terakhir di tempuhi para pelajar bagi peperiksaan Sijil Menengah Agama [SMA] 2019. Tahniah dan terima kasih kepada seluruh guru²Sujud syukur atas kurnian nikmat ilmu di kurniakan Allah.

LAGI

LAWATAN KELAB USAHAWAN MUDA SRAIB

Tarikh:12 November 2019

Hari:Selasa
Tempat lawatan:Kedai Keropok Amanina, Balok

Alhamdulillah. Seramai 23 orang ahli Kelabb Usahawan Muda SRAIB beserta 3 orang guru pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kedai Keropok Amanina Balok.

Murid murid berpeluang belajar selok belok tentang cara menbuat keropok lekor dan mencuba sendiri proses membuat keropok.

Sudah pasti ia memberi kenangan manis dan pengalaman yang akan dikenang sampai bila bila. Jika selama ini belajar menguli gandum di waktu qiam, tetapi hari ini berpeluang menguli keropok lekor yang biasanya dibeli siap dari kedai.
Diharapkan agar murid murid dapat mengambil sedikit pelajaran tentang kehidupan dengan adanya pembelajaran luar bilik darjah sebegini.

LAGI

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR PT3, SMA & SPM 2019

Program motivasi ke 3 untuk pelajar ² yang akan menduduki Peperiksaan PT3, SMA & SPM 2019.Semoga dapat dimanfaatkan oleh pelajar demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi tidak lama lagi.

LAGI

Image News


Image Banner