Anda berada di halaman: Utama

Irsyad Balok

SUMBER MAKLUMAT SEKOLAH

Assalamu'alaikum wbt....dimaklumkan kepada semua pengunjung portal/website sekolah. Maklumat sekolah turut dipaparkan di dalam fan page Sekolah Islam Al-Irsyad Balok iaitu laman maya rasmi SRAIB selain daripada website ini sendiri. Segala kekurangan maklumat yang ada di dalam website ini amatlah dikesali. Tuan/puan boleh dapatkan maklumat terus daripada page yang dinyatakan. Website ini dalam proses penambahbaikan. Terima kasih.

 

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 BERSAMA GURU

Satu perjumpaan ibu bapa tahun 6 bersama guru-guru subjek tahun 6 telah diadakan pada hari Rabu 12 Januari 2011. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh 46 daripada 61 keluarga pelajar tahun 6. Wakil dari pihak pentadbiran iaitu Guru Besar Puan Norida bt Hj Basri, Penolong Kanan 1 Puan Normala bt Omar dan Penolong Kanan 2 Puan Salmah bt Mat Yusoff turut menghadiri perjumpaan ini. Antara agenda ialah pembentangan program kecemerlangan akademik oleh PK 1, program tarbiyyah oleh PK 2 dan program 'Score' A oleh Guru Besar. Sesi soal jawab dibuka kepada para ibu bapa bagi menjawab sebarang permasalahan yang berkaitan dengan sekolah terutamanya tahun 6. Kemudian, agenda perjumpaan diteruskan dengan majlis pelantikan AJK KKA Tahun 6.
 

MOM TAHUN 1 SESI 2012

Minggu Orientasi Murid (MOM) tahun 1 bagi sesi 2012 akan bermula pada 26 hingga 30 Disember 2011. Ibu bapa pelajar yang telah membuat pengesahan dan pembayaran dikehendaki menghantar anak masing-masing untuk mengikuti sesi pembelajaran awal sebagai persediaan untuk tahun hadapan.
   

PULIH PELAJAR

Kelas Pemulihan khusus kepada murid-murid tahun 1 sesi 2012 akan diadakan bermula 16 Februari 2012. Melalui kelas ini, para pelajar akan ditekankan kepada teknik membaca dan menulis terutamanya untuk mata pelajaran bahasa. Diharapkan kewujudan kelas ini dapat membantu pelajar-pelajar berkenaan agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Semoga usaha murni ini mendapat sambutan dan sokongan padu dari pihak ibu bapa.

 

JUALAN BUKU 2014

Jualan buku untuk sesi persekolahan 2014 kini sedang berlangsung di Kelas 2 Ali. Waktu berurusan bermula jam 9 pagi sehingga 1 petang (Isnin-Khamis) dan 9 pagi sehingga 12:30 tengah hari pada hari Jumaat. Urusan pembelian buku ditutup pada hari Sabtu dan Ahad. Tarikh pembelian buku bermula pada 26hb sehingga 31 Disember 2013. Dapatkan buku-buku anak tuan/puan dengan kadar segera. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

   

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL