Anda berada di halaman: Utama

Irsyad Balok

AGIHAN BUKU TEKS TAHUN 4/2014

Agihan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi murid-murid tahun 4/2014 sedang berlangsung pada hari ini 26 Disember 2013 (Khamis). Waktu agihan bermula pada jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari. Tuan/puan diberi pilihan sama ada untuk menerima semua atau sebahagian buku teks daripada SPBT ini atau menolak sepenuhnya. Mana-mana ibu bapa yang terlepas pandang usah khuatir kerana tuan/puan masih lagi boleh berurusan terus dengan Pn. Norida bt Basri di pejabat. Harap maklum.

 

PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2

Keputusan Peperiksaan Semester 2 bagi Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok akan diedarkan melalui murid-murid pada hari Khamis, 16 November 2017. Ibu bapa juga boleh semak keputusan peperiksaan anak secara atas talian dengan klik pada IBU BAPA ONLINE. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan sama ada yang ibu atau bapa. Sekiranya ada mana-mana ibu bapa yang tidak dapat masuk, harap dapat maklumkan dengan segera kepada guru kelas untuk diselesaikan.

Sekian, terima kasih.

 

SRAIB CUTI PERITISWA

Semua murid Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok bercuti pada hari Isnin, 20 November 2017 kerana cuti peristiwa sempena program Yaumul Ihtifal baru-baru ini. Jesteru, sekolah akan dibuka semula pada hari Selasa, 21 November 2017.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

   

WAKAF PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN

Assalamu'alaikum wbt.

AKADEMI PENDIDIKAN IRSYAD BALOK

SMA AL-IRSYAD BALOK

SRI AL-IRSYAD BALOK

Tuan puan yang dirahmati Allah swt.

WAKAF PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN

Saya mencari individu yang sudi berwakaf sebanyak RM20 secara tetap pada setiap bulan melalui Standing Instruction. Permohonan akan diuruskan oleh pihak kami.

Dengan wakaf ini, anda dapat membantu kami dengan memanfaatkan bagi keperluan:

  • wakaf pembinaan bangunan sekolah yang merangkumi ruang solat, bilik darjah dan kantin.
  • pembelian kenderaan sekolah
  • bantuan kepada anak yatim dan murid miskin sekolah
  • program pembangunan sakhsyiah dan pengurusan pentadbiran

Oleh itu, diharapkan usaha ini dapat dipanjangkan kepada saudara-mara, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berhajat untuk berwakaf.

Berminat, boleh hubungi

  1. En. Wan Ismail bin Wan Ibrahim 0199898311
  2. En. Hafizuddin bin Ramzan 0169225447

Akademi Pendidikan Irsyad Balok Berhad,

Lot 16/1224 Kg. Chengal Lempong, 26100 Kuantan, Pahang

BIMB 06019010096593

CIMB 8005427947

Bank Muamalat 06010003427718

Website: www.irsyadbalok.com.my

 

"KE ARAH PEMBENTUKAN INSAN RABBANI"

 

 

 

 

 

SEKALUNG PENGHARGAAN

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan AJK MPIBG bagi sesi 2015/2017 atas komitmen yang diberikan sepanjang tempoh pelantikan. Semoga kalian diganjari sebaik-baik pahala atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan.

Ahlan wa sahlan diucapkan kepada barisan baharu yang bakal menerajui kepimpinan MPIBG bagi sesi 2017/2019. Tahniah diucapkan kepada kalian. Selamat menjalankan amanah yang telah diberikan.

   

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL