Anda berada di halaman: Utama Profail Visi & Misi

Visi & Misi

E-mail Cetak PDF

VISI SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-IRSYAD BALOK (SRAIB)

Untuk menjadikan Al-Irsyad Balok sebagai sebuah institusi pendidikan Islam yang memimpin dan paling berjaya di negeri Pahang Darul Makmur.

 

MISI SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-IRSYAD BALOK (SRAIB)

1.   Menyediakan suasana pengajian dan pembelajaran berpandukan kurikulum Islam bersepadu.

2.   Menggabungkan ilmu naqli dan aqli di dalam satu kurikulum yang tidak terpisah.

3.   Memupuk dan membimbing ke arah pembentukan peribadi yang seimbang dan mulia.

4.   Mewujudkan generasi yang menjadikan Islam sebagai panduanhidup (ad-Deen)

5.   Membina dan menambah minat cintakan ilmu dan yakin bahawa ilmu adalah satu cara meningkatkan ketaqwaan.

 

VISI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-IRSYAD BALOK (SMAIB)

Menjadi sebuah institusi pendidikan Islam terunggul di peringkat daerah seterusnya negeri dengan melahirkan insan berilmu dan bertaqwa serta dapat mengimbangi masyarakat dalam setiap aspek kehidupan pada 2015.

 

MISI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-IRSYAD BALOK (SMAIB) 

Berusaha secara berterusan membentuk pelajar yang mempunyai potensi untuk berkembang maju dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani dengan tujuan mampu melahirkan ummah dan individu yang berilmu, berakhlak mulia berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan keupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat, negara dan agama.