Anda berada di halaman: Utama Profail Pengenalan

Sejarah

E-mail Cetak PDF

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-IRSYAD BALOK

Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok (SRAIB) telah ditubuhkan pada Januari 2000 bermula daripada cadangan Ustaz Soleh bin Senafi. Cadangan ini telah disambut baik oleh Doktor Syed Badaruddin bin Syed Ali, Tuan Haji Faiz bin Baharuddin, Tuan Haji Khasbullah bin Kader dan beberapa orang lagi.

Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok (SRAIB) telah lahir di atas kesedaran dan keprihatinan masyarakat setempat terhadap pendidikan berteraskan Islam di dalam pembentukan anak-anak. Sekolah ini telah didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Pahang dengan nombor pendaftarannya 0175/03.

Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok (SRAIB) telah memulakan operasi di peringkat awal dengan bilangan seramai 25 orang murid dan 3 orang guru serta menyewa sebuah rumah berhanmpiran dengan surau Kampung Chengal Lempong.

Pada tahun kedua penubuhannya, SRAIB telan menerima sumbangan wakaf sebuah bangunan yang mempunyai 6 buah kelas di atas tanah lot yang beralamat 12/1224 Kampung Chengal Lempong. Pada tahun berikutnya, SRAIB telah mempunyai sebidang tanah seluas tiga ekar yang telah diwakafkan khas daripada dua orang dermawan melalui Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP).

Sehingga kini pada tahun 2011, SRAIB mempunyai 16 buah kelas dengan jumlah pelajar seramai 483 orang iaitu 267 orang pelajar lelaki dan 216 orang pelajar perempuan. Bagi jumlah kakitangan SRAIB pula terdiri daripada 41 orang kakitangan akademik, seorang kerani dan dua orang pembantu am. Dari sudut prasarana dan fasiliti, SRAIB telah mempunyai sebuah pejabat iaitu ruang pejabat pentadbiran, bilik taklimat, bilik guru, kantin, dua buah perpustakaan, sebuah makmal sains, dewan terbuka, kedai sekolah, dewan perpustakaan, bilik Kemahiran Hidup (KH), bilik Ekonomi Rumah Tangga (ERT), pondok belajar dan makmal ICT yang menempatkan 12 unit komputer sebagai kegunaan untuk pelajarnya.

Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok (SRAIB) amat memerlukan sokongan padu daripada banyak pihak untuk terus berkembang maju dan subur bagi menjadi wadah untuk mendidik dan menerapkan nilai agama Islam yang tercinta ini kepada anak-anak yang bakal menjadi penyambung kepada generasi muttaqin.

(Dikemaskini pada 03 Jun 2011)

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-IRSYAD BALOK

Penubuhan Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad Balok (SMAIB) dicetuskan oleh Ustaz Soleh bin Senafi. Didaftarkan di bawah JAIP dengan nombor pendaftaran JAIP KS0175/2003. SMAIB mula beroperasi pada 3 Januari 2010. Ustaz Mohd Basri bin Arifin telah dilantik sebagai Pengetua dan diberi kepercayaan oleh Ahli Jemaah Pengurus (AJP) sekolah untuk menerajui sekolah menengah. SMAIB bermula dengan kelas tingkatan satu dengan bilangan pelajar seramai 14 orang. Kini SMAIB telah membuka kelas tingkatan dua dengan bilangan pelajar seramai 19 orang. Jumlah keseluruhan pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok kini ialah 33 orang pelajar.

(Dikemaskini pada 13 Julai 2011)

SEJARAH PENUBUHAN AKADEMI PENDIDIKAN IRSYAD BALOK BERHADĀ